Tuesday, September 8, 2009

Ramadan yg teramat pantas

Tahun ini Ramadan begitu laju buatku. Mengapa tidaknya.. semua kerja-kerja utamaku sama ada di rumah dan di tempat kerja, banyak yang tertumpu di bulan ini.

Ramadan tahun ini begitu nyaman di Shah Alam. Selalunya mendung dan ada kalanya hujan. Minggu pertama habis begitu cepat tanpa aku menyedarinya. Terawih pun ada yg pergi ada yang miss.. almaklumlah.. ekekeke.

(penulis berbaju maroon)
Terawih bersama Sultan Selangor antara yg paling indah tahun ini. Tanggal 6 September 2009, sehari sebelum cuti umum Nuzul Al Quran. Gembira kerana dapat berbuka dgn baginda, Datuk Menteri Besar, 2 org exco , 1 ADUN dan 1 MP; selain orang besar daerah-daerah seluruh Selangor, Datuk Bandar, Datuk Mufti, YDP MPSJ, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Selangor dan ahli-ahli majlis MBSA.

Tak lupa ceramah daripada Ust Farid Ravi Abdullah yang sangat petah berpidato.. ada iras-iras DSAI.

Selain daripada sibuk bermasyarakat, bulan ini jugalah aku terpaksa ke Medan untuk interview bagi mendapatkan beberapa pekerja Indonesia. Macam sudah tiada bulan lain, bulan Ramadan lah pula aku terpaksa melalui hari-hari di luar negara.

Namun selepas tiba di Medan yang lebih dekat jika dibandingkan dengan Kota Bharu, baru kusedari tiada bezanya Medan. Cuaca, makanan, wajah.. semua mirip Malaysia. Lepas satu ujian. Cuma kalau nak disebut ujian pun, cuma waktu berbuka puasa di Medan pukul 6.30 ptg (WIB=waktu Indonesia Barat). Bukan awal tau! Tetapi pukul 7.30 waktu Malaysia. Shah Alam berbuka pukul 7.16 hari itu, maknanya aku kena puasa lebih 15 minit.. hahaha! Ujian sangat lah tu.