Tuesday, November 17, 2009

Mencari Gambar Yang Tersembunyi

9 November, semua akhbar menyiarkan berita ttg warga emas yg menikam isterinya. Ada 5 surat khabar yg siarkan.

Jom cari perbezaannya: Ada barang yang disorokkan
Jawapan di bawah


Gambar A


Gambar B

Gambar C


Gambar D



Gambar E


Jawapan:
Gambar E adalah gambar yg disiar oleh Utusan Malaysia..
wakakaka

Yang lain, Berita Harian, the Star, Daily Chilli
Harian Metro

Thursday, November 12, 2009

Happy Birthday Hazim, baba sayang Hazim..

10/11/2009 Hazim genap 4 thn. Pejam celik, pejam celik dah pun 4 tahun anak lelakiku. Drp baby yg sangat besar semasa lahir, tembam, x nampakt leher... sampailah dah jadi anak yang sangat lasak, kurus, tak nak makan nasi. Drp kurang bercakap kepada yg sangat banyak kerenah dah kehendaknya. Indahnya saat-saat membesarkan anak yang variasi warna, sifat dan perangainya dari masa ke semasa.

Aku dapat pengumuman penting tadi (12/11/2009) daripada isteri tercinta.

Dia bisik padaku, "Hazim ni anak bongsu kita kan bang.."

"Ye..", jawabku..... lesu



Tuesday, November 10, 2009

Rindu memeksaku menyayangimu

Jiwang kejap..
buat yg meminati lagu ini
dan yang sudi menyanyikan lagu ini padaku
dan yang sudi merinduiku

Layannnn....

Sunday, November 8, 2009

Pembukaan Pasar Ikan Segar (Seksyen 27 Shah Alam)

Aku bukan seorang Yang Berhormat. Setakat Yang Bersamamu (ala2 icon Digi warna kuning tuh!).. hehehe..

Kenapa pulak tiba-tiba je icon DiGi pulak ni.. ekekekke... sebenarnya aku pun tak faham.

Sebenarnya aku semalam menggantikan pembesar2 negeri, pembesar daerah dan last sekali aku lah yang kena jadi pengecil perut sendiri.

Dengan rasa tanggung jawab selepas diminta oleh direct boss politikku, aku pun ke Gerai MBSA Seksyen 27. Hari Ahad, masuk kereta pukul 7.50 pagi. Jarang-jarang ni..

Apabila dimaklumkan oleh boss.. aku terus teringat, ala.. kena buat "speech" ni. Aku pun semasa dalam kereta, finalkan 3 "points" aku nak sembang (bukan ucapan pun).

Mula dgn memuji taukeh pasar ikan yg sanggup memulakan perniagaan dalam cabaran hypermarket semakin bertambah dan pasar borong setempat yg naik seperti cendawan tumbuh, spt SSW, Hero dan lain-lain.

Yang kedua aku nak puji lagi kerana memilih ruang perniagaan yg telah disediakan. Tidak jadi penjaja tepi jalan tanpa lesen. Memohon dgn MBSA untuk lesen premis perniagaan.

Dan terakhir, nak bagitahu aku juga anak penjaja. Nak kupas sikit sebanyak pengalaman orang tua aku. Dan darah yg mengalir dalam tubuh aku ini adalah hasil dari duit berniaga di gerai.

Fuhh! Syahdu pulak aku fikir, point yang last tu.. wakakaka

Ok Jom tengok gambar pasar ikan segar tu:

Thursday, November 5, 2009

Piala Raja Muda (Updated gambar)

Baru-baru ini aku berpeluang bermesyuarat dengan pembesar BN. Dua Datuk sekali gus. Dua-dua pun hardcore UMNO di Shah Alam. Ops! tapi jangan salah faham ye, mesyuarat kali ini tiada kena mengena dengan politik.. non-political, ok.

Sebenarnya tahun ini, sekolah Kak Ngah (anakku), menjadi tuan rumah kepada Piala Raja Muda (PRM). Apa tu, PRM?

PRM telah masuk edisi ke 22, tahun ini. PRM adalah pertandingan bolasepak untuk semua sekolah di dalam daerah Shah Alam (di bawah pentadbiran MBSA). Mengikut tradisinya, kawasan dipecah 3 iaitu, bandar, pinggir bandar dan luar parlimen Shah Alam. Maka tahun ini tibalah giliran luar parlimen Shah Alam dan Sek Keb Sekyen 27(2) menjadi tuan rumah.

Secara kebetulan pula, tahun 2009 ini aku tak dirancang telah terpilih menjadi AJK PIBG. Yang lebih haru-birunya, aku terpilih menjadi AJK Sukan! Tahun ini sekolah menjadi tuan rumah PRM, tahun ini jugalah aku menjadi AJK Sukan PIBG. Jiwa kacau betul... hahaha

Balik kepada kisah dua Datuk yang berada dalam Jawatankuasa Induk Kejohanan Piala YTM Raja Muda ada Datuk Salamon Salamat (mantan Datuk Bandar, mantan MP Shah Alam dan mantan Exco kerajaan Negeri). Pembesar ulung negeri Selangor lah kiranya semasa pemerintahan BN dulu.

Seorang lagi Datuk Ahmad Nawawi (mantan Exco yg tewas dalam PRU baru-baru ini) merupakan Ketua Bahagian UMNO Shah Alam.

Walaupun dalam politik, aku tidak bersama mereka, tetapi untuk kejohanan ini kenalah bekerjasama bagi melihat anak-anak sekolah rendah seluruh Shah Alam meneruskan tradisi yang sudah 22 tahun ini. Yang lebih ironinya, PRM ini dimulakan 22 tahun lalu di sekolah aku mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah 5 dulu... Sek Ren Keb Raja Muda, Seksyen 4. Akulah pioneer masuk sekolah ini sebagai murid darjah 5.

Jom kita tengok beberapa keping gambar yg sempat diambil utk tatapan bersama:



Gambar sekolah dari hadapan


Gambar parking.. saja tak ambil gmbr Toyota Wish dan Camry baru cikgu, letak gmbr Perodua Kancil je.. hehehe


Gambar court badminton dah jadi padang Futsal
(zaman aku dulu, kami panggil padang main galah panjang)


Meeting terakhir Datuk Salamon. Thn depan Datuk Nawawi akan ambil alih, atas lantikan Datuk Salamon sendiri. Setuujuuu!!
wakakaka.. warga pendidik mana pandai menentang..

Thursday, October 29, 2009

Usahaku mula berhasil (Updated gambar!)

Diam tak diam.. dah hampir 2 bulan aku mengaktifkan diri pergi Fitness First (salah sebuah fitness club yg terkenal). Sebenarnya dah nak dekat setahun, sebab aku mendaftar pada 12/12/2008. Cuma aku lebih konsisten pergi selepas aku balik dari Medan, Ramadan yang lalu.

Mula-mula tu, aku tak rasa pun banyak perbezaannya. Sekadar mengharap spare tyre tepi-tepi perutku ini dapat dikawal. Semuanya gara-gara bahan bacaan yg kubaca menyatakan risiko sakit jantung seorang lelaki terletak pada saiz perutnya.

Walaupun perut aku belum sebesar perut pemain sumo tetapi jika dibandingkan dengan perutku sebelum berhenti merokok, amatlah ketara. Seluar saiz 32 semua dah tak muat. Sekarang dah pakai saiz 34, lama-lama saiz 34 pun terasa teriknya... ya ampun!!

Aku tak mampu memaafkan diriku setiap kali aku terfikir, ini semua gara-gara berhenti merokok. Sebenarnya semua gara-gara nafsu makan yang tak terkawal selepas berhenti rokok adalah punca. Tetapi minda luar kawalan aku selalu berfikir berbeza. Tak aci kan!

Oleh sebab itu lah aku join fitness club dalam bulan Disember 2008. Tetapi semua orang pun sibuk, maka samalah dengan aku. Macam-macam alasan untuk terus aktif ke fitness center.

Tanpa aku sedari, usaha hampir 2 bulan terakhir ini tidak sia-sia!

Banyak spare tyre dah mengecil... bahagian dada dan bahu jauh lebih menarik dari segi saiz.

Dan yang terkahir sudah 3 orang menegurku,
"kurus sikitlah u sekarang",
"perut dah kempis sikit ek!",
"bahagian pinggang ke atas nampak makin mantap lah bro".

Hehehe sebahagian kata-kata pujian yang aku jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus melakukan senaman di fitness centre. Kalau ada gambar yang sesuai, akan kuletakkan di sini untuk tatapan bersama..
hihihihi.. malu siot!

L: Cuba tengok muka bulan Ramadan (sebelum start pulon)
R: Lps raya sebulan.. muka bulat dah jadi lonjong.. hehe


L & R : terkini 1 November..
(tang dagu kena work up nih!) hahaha!



Monday, October 19, 2009

Nepal oh! Nepal (Part 2)

Pergi Rabu 7/10/2009, balik Sabtu 10/10/2009

L: Hari pertama yang mendung. Sepatutnya boleh nmpk banjaran Himalaya dari sini. Takpe hari pun dah senja. Harap2 esok masih ada (cuaca tanpa awan)
R: Malamnya, Nepal tiada beza mcm Mumbai, dlm hotel ada show kat ballroom. Mereka bgth aku, India menguasai penyiaran Nepal, majoriti org Nepal faham bahasa Hindi. Tp org Hindustan tak berapa faham bahasa Nepal. (Mcm Kantonese dgn Hokkien lah, kalau kat sini).

Wajah2 ceria melayan tetamu.. wakakqa



Sunday, October 18, 2009

Nepal oh! Nepal (Part 1)

Pergi Rabu 7/10/2009, balik Sabtu 10/10/2009


L: Pagi yg gelap di KLIA
R: Panjang nye sayap Boeing 777-200 ni.. mcm trek balapan!


L: Gaduh-gaduh diorang, negara diorg tetap iktiraf agama Islam
R: Itu aa ejaan nama airport dia.. susah nak eja.. Suvarnabhumi International Airport


L: Tengah boring menunggu next flight
R: Apa kata, kita rakam gambar awek Nepal pertama yg aku pasti dia Nepalese.. ekekeke


L: Nepal memang masih mundur dr segi infrastrukturnya
R: Tetapi tidak, keretanya.. (kenderaan rasmi trip aku kali ini, Ssangyong Kyron)

JANGAN LUPA! ADA PART 2 TAU! COMING SOON

Monday, October 12, 2009

Akhirnya, "saya menang!!"


Dari Kepung pergi ke Batu
Terima kaseh kerana bagi saya nombor satu


(pantun dua kerat Tan Sri Isa Samad di PWTC - laporan TV1 petang Sabtu 25
September)

Sayangnya Tan Sri dihukum kerana bersalah mengamalkan politik wang dlm Perhimpunan Agung Umno tahun 2004.

Kini 2009, SAYA MENANG!!

Terima kasih Bagan Pinang! Saya sudah dihukum.. kini saya bersih..

baba4life: Yess! Senang sikit keje, PRU13 nanti.. ekekeke

Monday, October 5, 2009

Protes di Paris


Sedih pulak bila baca dlm laporan berita luar, ada demonstrasi protes menunggu PM kita semasa melawat ke Paris, baru-baru ini

Friday, October 2, 2009

Jom Berkelah di PD

JOM KONVOI RAMAI-RAMAI
NAIK KERETA
NAIK MOTOR
TAKNAK BAWA BENDERA PARTI PUN TAKPE
LPS KONVOI KITA BERKELAH


JADUAL PROGRAM HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA KECIL N31 BAGAN PINANG


Berikut adalah jadual program bagi hari penamaan calon PRK N31 Bagan Pinang.

Tarikh: 3hb. Oktober 2009 (Sabtu)

7.15 am:
Berkumpul di tapak berhampiran Sek. Men. Dato’ Abdul Samad, Batu 2 Port Dickson

7.30 am:
Solat & doa Hajat di tapak berhampiran Sek. Men. Dato’ Abdul Samad, Batu 2 Port Dickson

7.45 am:
Perarakan bermula ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Port Dickson

8.00 am:
Perarakan dijangka tiba di Majlis Daerah Port Dickson


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pejabat Negeri Sembilan, Sdr. Mustafa Kamal di suk.negerisembilan@keadilanrakyat.org atau telefon 06-7677278/279.

Diharap pihak saudara/saudari dapat hadir untuk meliputi program ini.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan

Cuti daripada beraya di Kelantan (2)



Kenapa tak balik Kelantan?

Sebenarnya memang tak sangka nak beraya di Klang tahun ini. Aku macam biasa sentiasa tak kisah, raya di Kelantan pun tak mengapa, raya di Klang, lagilah aku happy. Aku tak pernah berkira tentang giliran negeri mana sebab aku kerja di Shah Alam dan mak aku tinggal di Klang. 30 minit saja dah boleh sampai. Bila-bila pun boleh balik.. terutamanya bulan puasa, aku akan pastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali berbuka di rumah mak. Jadinya, sebelum raya lagi aku dah sempat berbuka puasa dengan orang tuaku, berbanding isteriku yang kurang berpeluang dengan orang tuanya. Jadi tak timbul isu giliran sebenarnya.



Best ke tak balik Kelantan?


Tahun ini memang best sangat lah.. sebab dah plan nak ke Bukit Merah Laketown Resort pada hari raya ke 4. Lebih meriah lagi, kedua-dua orang tua isteriku dan 4 daripada 5 orang adik iparku yang lelaki, akan join kami di sana. Plus seorang adik ipar baruku (cun siot.. ekekeke), tahun pertama menjadi menantu Pakcik Ghafar dan Cikgu Maimon.

Maka menginaplah kami di Bukit Merah.

Thursday, October 1, 2009

Cuti daripada beraya di Kelantan (1)

Pelik pulak bila dibaca tajuk entry aku kali ini.
Apa yg cuti? Apa yang balik Kelantan? Cuti memang lah balik Kelantan!
Sebenarnya tak.. kali ini aku tak balik Kelantan. Selepas beberapa tahun aku beraya di Kelantan pada hari raya pertama, kali ini aku bercuti daripada balik raya ke Kelantan. Hehehe.. aku sendiri pun pening nak buat ayat yang mudah faham.

Maka berayalah aku dan ahli keluargaku, isteri tercinta - Marini, anak-anakku - Marina Harumi (Form 1), Marsya Hanani (Std 4) dan Maizarul Hazim (anak bongsu yg semakin nakal, yang akan berumur 4 tahun November ini) di Selangor Darul Ehsan.. hehehe

Kenapa tak balik Kelantan?

Nanti masuk cerita itu lepas ini.

Tuesday, September 8, 2009

Ramadan yg teramat pantas

Tahun ini Ramadan begitu laju buatku. Mengapa tidaknya.. semua kerja-kerja utamaku sama ada di rumah dan di tempat kerja, banyak yang tertumpu di bulan ini.

Ramadan tahun ini begitu nyaman di Shah Alam. Selalunya mendung dan ada kalanya hujan. Minggu pertama habis begitu cepat tanpa aku menyedarinya. Terawih pun ada yg pergi ada yang miss.. almaklumlah.. ekekeke.

(penulis berbaju maroon)
Terawih bersama Sultan Selangor antara yg paling indah tahun ini. Tanggal 6 September 2009, sehari sebelum cuti umum Nuzul Al Quran. Gembira kerana dapat berbuka dgn baginda, Datuk Menteri Besar, 2 org exco , 1 ADUN dan 1 MP; selain orang besar daerah-daerah seluruh Selangor, Datuk Bandar, Datuk Mufti, YDP MPSJ, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Selangor dan ahli-ahli majlis MBSA.

Tak lupa ceramah daripada Ust Farid Ravi Abdullah yang sangat petah berpidato.. ada iras-iras DSAI.

Selain daripada sibuk bermasyarakat, bulan ini jugalah aku terpaksa ke Medan untuk interview bagi mendapatkan beberapa pekerja Indonesia. Macam sudah tiada bulan lain, bulan Ramadan lah pula aku terpaksa melalui hari-hari di luar negara.

Namun selepas tiba di Medan yang lebih dekat jika dibandingkan dengan Kota Bharu, baru kusedari tiada bezanya Medan. Cuaca, makanan, wajah.. semua mirip Malaysia. Lepas satu ujian. Cuma kalau nak disebut ujian pun, cuma waktu berbuka puasa di Medan pukul 6.30 ptg (WIB=waktu Indonesia Barat). Bukan awal tau! Tetapi pukul 7.30 waktu Malaysia. Shah Alam berbuka pukul 7.16 hari itu, maknanya aku kena puasa lebih 15 minit.. hahaha! Ujian sangat lah tu.