Sunday, December 7, 2008

Raya Haji 1429 (2008) di Shah Alam

Hari ini 9 Zulhijjah 1429. Esok Hari Raya Haji. Tahun ini berlainan sedikit sebab keluarga mertuaku (ibubapa dan 3 adik isteriku) beraya di Shah Alam.

Tahun lepas kami turut beraya di Shah Alam. Kami beraya di Shah Alam kerana tahun lalu kerana ibubapa mertuaku menjalani ibadah haji, rukun Islam yang ke 5. Jadi, 2 tahun berturut-turut aku beraya di Shah Alam.

Cuma bezanya tahun ini, beraya dengan keluarga mertua di rumahku sendiri di Shah Alam. Suatu yang sangat jarang berlaku, malah inilah kali pertama ibubapa mertuaku beraya di Selangor.
Ini semua gara-gara kesilapan ketika membeli tiket keretapi tempoh hari.

Bapa mertuaku ada urusan di Bahagian Pinjaman Perumahan, Jabatan Perbendaharaan, Putrajaya. Tujuan datang ke sini untuk menyelesaikan urusan geran rumah yang telah selesai pembayaran hutangnya. Bagi mendapatkan geran, ibubapa mertuaku datang sambil membawa berjalan adik bongsuku yang merdeka drp SPM pada hari Rabu yang lalu. Malam selepas habis SPM, mereka berangkat ke KL dan sampai ke KL pada hari Khamis keesokannya.

Yang menjadi kisah lucunya apabila bapa mertuaku semasa membeli tiket keretapi merancang untuk bertolak pada 3 Disember dan pulang pada hujung minggunya. Semasa berurusan di kaunter tiket keretapi, beliau dimaklumkan tiket hari Sabtu, 6 haribulan dah habis.

"7 haribulan, macam mana?"
"7 haribulan, Ahad pun habis, pak aji", jawab penjaga kaunter tiket.
"8 haribulan baru ada", tambah beliau.

Tanpa berfikir panjang, "molek lah! Ambo ambik 8 haribulan" lebih kurang mcm tu lah jawab bapa mertuaku. Bapa mertuaku pulang ke rumah dengan hati lega kerana dapat membeli tiket untuk 4 orang, pergi dan balik dengan tiada sebarang masalah.

Tatkala sampai di rumah, berceritalah beliau kepada mama, panggilan untuk emak mertuaku.
"Kita balik semula ke Pasir Mas 8 haribulan malam".
Mama terus menjawab, "Papa! 8 haribulan tu Hari Raya Haji!"
"Padan lah senang je budak tiket tu jual kepada saya", jawab papa, bapa mertuaku.

Maka, tanpa dirancang, akan berayalah mereka di Shah Alam.

Aku dan isteri tergelak besar apabila diberitahu mereka sebelum berangkat ke sini.

"Maka tahun ini berayalah kita di Selangor, ye bu". Isteriku tersenyum saja.

Thursday, December 4, 2008

Mengenali diri ku sewaktu kecil Siri I

Membesar dalam suasana yg agak meriah sbb sebagai anak penjaja nasi lemak yg mempunyai ramai pekerja (pembantu di gerai dan juga di rumah), hidup aku tak pernah sunyi.

Seawal umur 4 tahun yg mampu aku boleh imbas kembali sedikit, dapat aku bayangkan rumah kedai tempat pekerja2 abah aku tinggal, sangatlah meriahnya.

Jadi zaman kanak-kanakku, sangatlah hingar-bingar, hiruk-pikuk; sentiasa dikerumuni ramai orang yang majoritinya muda (bawah 25 tahun).

Tuesday, December 2, 2008

106 vs 37

Kebetulan suami dia sebaya dgn aku.

Wajah bahagia mereka

Khabar gembira I

Wah! Alhamdulillah

Aku baru je start tulis blog.
Alih-alih, isteriku membawa khabar gembira. Dia dapat 2 jobs serentak.
Satu kena buat kursus 2 hari dan satu lagi kena buat "assessment job".
Suka betul hati dia semasa memaklumkan hati dia kepada aku tadi.

Dia bisik kat aku, "saya ada buat sembahyang hajat malam tadi".

Aku jawab, "syabas!"

Sejarah kelahiranku.

Abah seorang lelaki yg tampan sewaktu muda. Namun jodohnya dgn isteri pertamanya tidak panjang. Manakala emakku seorang yg sangat rendah diri, penyayang dan tidak suka bergaya keterlaluan (ringkasnya, gadis kampung).

Abah sebenarnya sepupu emak. Bonda abah adalah adik-beradik dengan ayahanda emak. Dgn erti kata lain, nenek aku belah abah dan atuk aku belah emak adalah adik beradik. Mereka ini semuanya dilahirkan di Perak kecuali emak aku. Emak aku orang KL sbb IC "14" di tengah.

Abah dan emak bernikah dlm tahun 1970.

Maka 1971, aku dilahirkan pada 11 Jun, pada pagi Jumaat yg mulia. Aku dilahirkan di Hospital Besar Klang (bukan HTAR, tetapi hospital lama atas bukit).

Lahirlah aku....

Akhirnya aku berblog juga

Ramai kawan, sahabat, politikus, wartawan, waimah Che Det pun berblog. Jadi selepas melayan blog orang dlm jangka waktu yang sangat lama, maka terbinalah blog personal ku ini.

Aku malu nak buka blog sebab sejarah hidupku yang agak muram sebelum-sebelum ini. Walaupun banyak kisah suka dlm kehidupan, tak lupa juga kisah sedih, kisah hitam, kisah pahit yang pernah aku lalui.

Jadi, selepas aku berfikir hampir beratus kali, maka aku beranikan diri untuk memulakan sesuatu yang baru, yang berisiko, yang mencabar dalam hidupku.

Sebarang kelemahan aku pohon kemaafan terlebih dahulu.