Friday, May 21, 2010

Birthday si buah hatiku dan hari2 berikutnya

Sedar tak sedar, diam tak diam.. dah pun menjelang sehari sebelum hari lahir isteriku. Merangkak setahun usia beliau meninggalkan aku. Aku masih 38.. beliau dah pun mencecah 39 esok. Namun seperti setiap tahun, kegembiraanku untuk muda setahun hanya 20 hari sahaja.

Sebab 11 Jun nanti, kami sebaya semula.

Jadi, merangkak ke usia 39 (antara nombor kegemaranku).. aku sangat berharap agar tembok persefahaman yang sekian lama terbina tidak akan punah berkecai, hanya kerana perkara-perkara yg remeh-temeh, hanya kerana angina sepoi-sepoi bahasa yang lalu di celah daun; tidak mungkin dapat menggugat tembok ini. Sedangkan ribut datang membadai, angin pasang penuh mengusik tembok pengadang, mampu kita bangkit kemaskan bersama.

Hari-hari berlalu, menghadapi saat-saat meninggalkan usia berpangkal 3. Bakal memulakan angka 40, aku benar-benar berfikir, berkira-kira untuk memasuki usia istimewa ini.

Aku mula mencongak, bagaimana dengan kehidupanku. Maka aku kini mula mengambil langkah dengan melanjutkan pelajaran ke MBA (Master of Business Adminstration) di UUM.

No comments: